Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) peringkat Kebangsaan ini dilangsungkan secara atas talian oleh BPI KPM bermula dari persembahan, penjurian sehinggalah kepada pengumuman pemenang.
Semadah mengucapkan tahniah kepada Noor Ainul Mardhiyah binti Noorhisyam dari Tingkatan 4 al-Ghazali kerana mengukir sejarah sampai ke peringkat kebangsaan (Naib Johan) dan mengharum nama pelajar-pelajar Semadah sebagai sekolah kluster kecemerlangan aliran Tahfiz model Ulul Albab (TMUA).
Tidak dilupakan juga kepada Penyelaras ADNI Semadah, Ustaz Syamsul Arif bin Radzali dan guru pembimbing/jurulatih, Ustaz Zulhazmi bin Zakaria kerana dengan berkat sokongan dan latihan yang diberikan oleh beliau, Semadah berjaya memenangi naib johan dalam acara ini.
Semoga adik Ainul Mardhiyah terus cemerlang lagi pada masa akan datang.
Tahniah Semadah di atas pencapaian anda. Teruskan kegemilangan!