SMK AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

SMKA Pedas telah ditubuhkan pada 1 Disember 1995 dan telah menumpang di bangunan asrama SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, iaitu kira-kira 91km dari tapak bangunan tetap di Pedas. Pada 15 Mei 1996,bangunan tetap di Pedas telah diserahkan dengan rasminya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). Pada hari Sabtu 15 Jun 1996,semua pelajar telah berpindah di SMKA Pedas untuk meneruskan persekolahan di bangunan baru. 7 Mei 2011,sekolah telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail sempena nama mufti Negeri Sembilan kedua dan kini sekolah dikenali sebagai SEMADAH. Pada 9 Mac 2015, sekolah telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan Bahasa Melayu dan sukan Memanah. Pada tahun 2016, sekolah melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (kohort ketiga) selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
SEJARAH SEKOLAH