SILVER MEDAL-YOUNG INNOVATORS CHALLLENGE (YIC): SEMADAHTECH MENGHARUM NAMA DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Young Innovators Challenge (YIC) bukan sekadar pertandingan inovasi. Ia adalah platform untuk belajar, berinovasi, dan menerapkan idea pelajar dalam komuniti. 

Young Innovators Challenge adalah program tahunan yang bertujuan untuk menjadi pemangkin pergerakan inovasi di sekolah menengah. Dalam program ini, pelajar dibimbing oleh guru untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan sistem dan perisian sumber terbuka. Pelajar berpeluang mengembangkan projek yang mereka rancang untuk  memupuk kemahiran hidup mereka.

Berkat sokongan dan latihan yang diberikan oleh pihak-pihak, tim Semadah melalui Semadahtech berjaya memenangi pingat perak dalam acara yang dianjurkan di peringkat kebangsaan itu. Alhamdulillah, tahniah kepada pelaja-pelajar dan guru yang terlibat.

Peserta Semadahtech terdiri dari:
1. Muhd Muzammil 4K
2. Umar Abd Aziz 4G
3. M Atif Ilham 4G

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing:
1) Puan Amelia bt. Suid
2) En.  Mohd Amirul Ashraf bin Daud
3) Puan  Siti Amalina Az-Zahra Binti Azhar
4) En. Abdullah B. Omar

Tahniah Semadah di atas pencapaian anda. Teruskan kegemilangan!

 

Leave a Reply