MAHARAT AL-QURAN : PENDEKATAN BERFIKIR, BERKOLABORASI DAN BERMAIN MELALUI PUZZLE TARSIA BERBENTUK PIRAMID

Menurut Arends (1997) model pembelajaran kooperatif jigsaw merupakan model pembelajaran kooperatif, murid belajar dalam kelompok kecil yang terdiri dari 4-6 orang secara heterogen dan bekerjasama secara positif dalam memenuhi tanggungjawab ke atas tugasan matapelajaran.

Manakala kajian Yusuff, Y. (2012), murid menunjukkan keberkesanan pembelajaran secara Jigsaw  puzzle terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan responden. Ini menunjukkan aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran kognitif dan kemahiran interpersonal responden.

Permainan berbentuk Tarsia juga memberi kesan yang sama, pelajar-pelajar akan berkolaborasi, berfikir dan bekerjasama bagi mendapatkan jawapan yang perlu dipadankan dengan semua jawapan yang diberi. Semoga usaha-usaha mempelbagaikan bentuk PdP ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berminat dengan subjek-subjek agama terutamanya yang disampaikan dalam Bahasa Arab. 

 

Leave a Reply